Monday, March 31, 2008

jauh lagi .......

Ini kek aku buat untuk anak buah aku yang mempunyai tarikh yang sama. Kakak ipar aku yang sorang ni sering menempah kek coklat aku. Selalunya plain choclate kek je... ganache and chocolate rice je. Kali ni dia minta aku buatkan kek harijadi untuk anaknya plak. Dua minggu lepas aku ada membuat kek untuk anaknya asila. Tapi simple deco je. Kali ni aku gatal nak cuba buat logo man u dengan barbie.... tapi tengok le hasilnya... ni buat kata kerastangan lagi.... dah jadi batu apa tangan aku ni. Heee... seram aku tengok kek ni. Yang ni aku bagi terus balik ... malu nak bagi sebenarnya tapi dek kakak ipar aku dah remind aku dia nak gak kek ni..terpaksa le aku bagi. Sepanjang jalan nakpegi rumah dia tu aku asyik terfikir nak singgah kedai kek je beli yang dah siap tu.... Maksu mintak maaf amir and amni... kek maksu bagi tak cantik ye..... tapi sedapkan..... (masuk bakul )

Yang ni pun kakak ipar aku tempah untuk bawa gi ofis dia. Dia ada buat jamuan untuk staff. Hari tu aku buat dua kek untuk dia .... tengahari yang ini dan petang yang atas tadi tu. Selalu pun dia tempah kek choc biasa je. Yang ni pun dia nak aku hias sket.... so inilah hasilnya..... aku teringin nak buat yang ada macam kerawang2 tu tapi bila dah siap jadi tak cantik.... apa2 pun aku harap dia puas hati la dengan rasa kek aku tu walaupun rupanya kereng sangat.....

Yang ni aku baru buat semalam... untuk si Dhia lagi. Kali ni untuk dhia bawa pegi nursery. Dia nak deco sponge bob jugak lagi... Kali ni aku buat berhati2 sekali..... ada perubahan tak? Improve tak? Aku rasa adalah siikiiiit improvement... tapi masih banyak lagi aku kena improvekan ni.... buttercream aku pun masih lagi macam runny je lagi......

Teringin.....

Yang ni deco yang hb aku buat.....hehehe teringin plak dia nak mencuba skil. Amacam???? Kek ni untuk anak kawan aku.... Dhia fatini namanya. Anak perempuan tunggal... Hari khamis lepas tetiba je hb aku teringatkan birthday dhia... katanya dhia cakap uncle nak bagi kek dhia kan? Soklan yg mungkin hb aku tak boleh nak geleng atau angguk. Jadi dia pun meminta aku membuat sebiji kek untuk dhia. Aku mulanya nak cuba gamba barbie lagi... iye nak improve kan, tapi hb aku plak kata dia nak bagi gambar sponge bob. Aku masih lagi tak cekap membuat buttercream transfer ni, aku dah lukis atas plastic tapi bila nak transfer butercream tu tak melekat dekat kek tu.... cuma dapat bayang2 lakaran je.... dengan berpandukan bayang garisan tu le aku melukis kembali imej sponge bob tu. Dan tugas seterusnya hb aku yg menyempurnakan... siap ngan border tu lagi.....Jadi inilah hasilnya... not bad for first timer kan. Better than mine kot.....

Bertukar....

Hari Jumaat lepas aku buat ni.Nawaitu aku nak buat steamed chinesse mantou. Aku dapat resepi dr Do what i like blog. Tapi tak tau kat mana silapnya, tak menjadi mantou ku, maka aku pun menukar bentuknya menjadi kuih pau... berinti chocolate. Masa panas gebu sangat... tapi bila dah sejuk....dia kematu.... jadi keras.... tapi nasib baik pau ni habis sebelum sempat sejuk.... ada sebiji yg memang aku reserve untuk tunggu sejuk.... itupun siapada yang bertanya... mama dah tak guna pau ni lagi... kalau tak guna ada yang nak qiqah. Aku kata dah tak guna dah.... habis je ayat tu...pau pun habis....
Yang ni pun nasib yang sama seperti pau di atas. Niat nak buat donut, tapi ini bukan tak menjadi tapi tetiba je jadi malas nak goreng.... so bakar je la. Tengah uli2 donut tu tetiba je aku jadi malas nak buat donut jadi aku tukarkan ia menjadi dinner roll. Aku tak isi filling apa2 pun. Masa nak makan cicah ngan sardin je. Ini pun licin. Donut ni aku ikut resepi skyblue Myr. Lembut jugak bila dibakar. Ingat nak buat frozen jadi aku buat 2 adunan, tapi bila dah bertukar tak boleh nak frozen aku bake sumenya.... ada yg aku bake dlm loaf pan. Terlupa nak snap gambar...... Yang ni sempat simpan sampai the next day. Kebetulan adik aku datang petang sabtu tu, aku hidangkan roti tu dengan sardin. Rasa roti tawar sebab it suppose to taruh topping or gula kan.... itu sebab dia kena cicah ngan apa2 buat tambah rasa. Donut yang aku buat tempohari tak sempat nak bergambar. Memang lembut donut sky ni. Nanti aku nak buat jugak lagi donut ni...betol2 jadi donut. Nanti yeee..... thanks skybue...

Thursday, March 27, 2008

Minggu roti.....

Cinnamon roll resepi yani Myr lagi. Ni buat hari khamis lepas. Kali tak pakai bedak cinnamon roll ni. Budak2 tak suka. Siap taruk choc chips lagi. Ehmmm..... start dr masuk je oven. Anak2 dah tgu kuar je dr oven masing-masin ngan kertas tisu.... panas so nak amik kena lapik ngan tisu.... sekejap je beres....
Ini pulak baki dari cinnamon roll. Buat adunan lebih sikit buat dinner roll. Bulat2 dlm isi butter je..... yg ni pun sempat posing dlm baking tray je. Lesap gak...... tak sempat overnight. Sapa cepat dia dapat je system kalau buat roti....
Hari Jumaat lepas aku buat soft buns ni. Lembut sangat..ni memang dah jadi macam kat kedai lembut dia. Simpan sampai besoknya pun masih lembut lagi. Gebu. Resepi dia aku ambil dari sini. Buat 2 adunan sebab dah tahu dah kalau buat 1 adun mesti tak cukup.
Separuh adunan aku buat bentuk loaf. Memang lembut. Siap anak aku cakap...bila plak ada roti gardenia ada bentuk macam ni..(masa aku wat roti ni dia dah tertidur dulu). Pastu abg dia bagitau itu mama buat le.... Kembang mak dia macam roti gak....
Yang ni aku wat untuk bf semalam. Menghabiskan saki baki tepung roti yg ada sikit lagi tu. Aku buast chocolate bun guna sumber resepi yang sama gak..do what i like blog. Roti dia best2 je.
Yang ni rupa adam (peminat roti no. 1) menunggu roti kuar oven..... setia je dia kat situ. Bila roti kuar aje kelam kabut amin garfu ... nak amik roti tu... guna garfu tak panas..... teori dia le tu....

Birthday Asila

Yang ni aku wat untuk anak sedara aku main deco apa yg terlintas je. Mama dia sms aku dr mekah kata hari tu birthday asila... masa tu dah kol 1.00. Kesian plak sebab asila tggl ngan adiknya bersama maid di umah tu, yg lain pergi umrah. Kakak ipar aku pesan tengok kan dia orang ni jadi kesian lak. Jadi aku pun buat le sebiji choc cake pastu deco le ikut kemampuan aku je... Aku ganache kan seluruh cake pastu kat atas tu aku lapiskan dengan wild berries topping. Then aku pipekan buttercream keliling.... siap... jadilah ya asila... maksu ni kan terkenal dengan KERASTANGANYA.... sayangnya masa bawa kek ni kat asila terlupa nakbawa kamera. Yang bagusnya hp dia pun dia tak sedar bateri dah bercas untuk berapa lama dah....jadi tak sempat nak amik gambar birthday girl hari tu... sori asila.....

Cinnamon rol ni dah buat 2 minggu lepas. Sedap...lembut walaupun dah sejuk. Resepi dr MyR: yani. Thanks yani. Anak aku suka tapi mereka tak suka topping kat atas tu....anak2 aku ni mmg bukan peminat cheese. Makan pizza pun tak nak taruk cheese jadi tak heran klu cream cheese toppin tu dia orang tak suka. So in future kena le wat cinnamon roll ni tak payah pakai bedak dia.... Namun begitu cinnamon roll habis tanpa berbaki walaupun anak2 makan dilapnya dulu topping kat atas atau makan part yg tak kena topping tu je...cebisan2 yg kena tu masuk perut mama dia (yg tu je dapat rasa pun).

Breakfast last weekend. Masa tu letih malas nak masak.... Wat breakfast sampai lunch siap sipi-sipi masuk tea dah tu.... malam makan roti lagi... 2 minggu ni dok semangat baking tu menjadi-jadi... especially wat roti.

Monday, March 24, 2008

Barbie Mata Ceme..... terlebih tan.

Masa nak dekat buka sekolah ada sorang kawan aku call. Mintak aku wat kek untuk anak dia. Mula2 tu ingat dia nak plain kek je...kira ok le kan.... but then dia kata for birthday and the little girl tu nak gambar barbie..... aduh terkezut makcik... camne ni. Maka makcik pun terus le cari gambo barbie .... ini le hasilnya. Sori le tasha aunty baru je praktice wat gambo barbie ni.... (gambo lain pun sama ). Nasib baik le kek ni untuk depa makan anak-beranak je. Kalau dia kata nak wat parti mau tak buat... sia kat birthday girl tu.
Seronok plak bila dah mula mendeco kek ni. Nanti aku nak wat lagi......

Sunday, March 2, 2008

Walaupun rupamu tidak kukenal namun lubang hidung mu tetap menjadi pujaan hati ku

Mulut ngan hidung tu dah sama besar dah amirul ooii.... Power ranger yang satu ni agaknya nak jadi power rangers hidung ke....
Cewah...dia ingat tutup mulut tu hidung dia boleh nampak kecik ke????? Raja hidung...

Kejab macam ni lepas tu jadi camni plak.....

Ini wajah-wajah toya je baik je rupa..... tetapi bila tepat pukul 8 malam....
wajah mereka bertukar menjad..... cuba lihat kat bawah......
Yang mana satu yang menakutkan??? Hah...betul tentunya si baju merah tu.... gambar ni saja aku nak tempek kan kat sini... biar dia tengok rupa dia. Itu yangbaju merah imran namanya.... lebih senang dipanggil adik ...walaupun dibawahnya ada 2 org adik lagi.... yg memanggilnya adik.... disebabkan dia kan Adik... selalule kena sakat. Dia ni pun kuat menyakat... tengok dia buat muka camtu... nak menyakat adam le tu... yang baju putih tu plak nak cuba buat tapi tak jadi.......

Roti pulak....

Tengok orang buat roti .... kita pun tingin nak baut roti... jadi buat le roti manis...... guna resepi sweet bun dari mana ye.... lupa le plak.. dr mamafami Lembut dan gebu. Dalan aku taruh inti coklat and butter atas dia anak2 ku yang saja bijak2 taruk choc chip... biarle... nak jamu diaorang jugak. Kalau buat roti ni selalunya tak pernah ada belen. Bukan kata nak tunggu ada belen sejuk pun belum...dah lesap budak2 ni telan. Masa dalam oven lagi diaorang dah tongkat dagu je depan oven tu tgk roti tu naik... mcm2 le comment kita boleh dengar.... bunyi je buzzer oven tu.... masing-masing sebok panggil mama. Macam kita tak boleh dengar bunyi oven tu. Bila kuar je dari oven... ehhhmmm sume tu mula book mana roti depa....pastu gaduh. Ini yang buat angin bila depa dah gaduh tu....
Bila roti tu dah boleh di pegang je.... jangan kata jangan lagi.... tinggal bekas je... dan apabila dah kenyang inilah rupa salah sorang yg kenyang makan roti aku tadi ni....

Adam dah kenyang makan roti mama.... alahai mata pun dah tak boleh angkat...

Load Counter