Tuesday, April 8, 2008

Pau...melampau....

Pau ni memang lembut melampau. Aku buat semalam untuk tea tapi sebenarnya jadi dinner budak2 tu. Amik resepi nor dari Myresepi. Best. Simoan the next day pun tetap lembut walaupun dah sejuk. Gebu tul. Lain kali kena buat kecik2 baru le comel. Ni semalam wat 70gm sebiji jadi dapat le dlm 20 biji. Inti aku taruh coklat and kelapa nak buat inti daging tapi malas nak tumis. Yang dah sedia ada kelapa ang coklat. Thanks nor.
Ini tak tau le amirul...terkezut tengok pau ke or nak halau org jangan makan pau dia ke atau terbanyak makan pau. Selalu bila download gambar je mesti ada terselit muka2 yg tak dijemput ni.... masa bila posing pun tak perasaan. Setiap kali..ingat kamera dah takde image lain... bila nak download ada je yg interframe. Kalau lawa tu takpe... ni macam rupa...yang ni siap ngan mata, hidung mulut....luas je terbuka...banyak angin masuk.....

Sunday, April 6, 2008

Roti canai......

Roti canai ni aku buat untuk breakfast sampai ke dinner semalam. Mula-mula buat satu adunan dapat 10 ketul.... siap tebar lagi tapi masa tebar tu roti dah jadi macam singlet koyak.... tak kira tebar jugak.... pasni nak buat murtabak...... apa-apa pun terima kasih kepada joayee kerana aku dah berjaya membuat roti canai..... maka selepas ini kurang le anak aku mintak roti canai kat kedai mamak. Kat umah ni kalau beli 10 keping tu mmg selamba je sekali mengadap.... kena kalau kena ngan kuah dal/kari tu sedap....emmmm. Boleh pindah india camni....

Friday, April 4, 2008

Nak marah atau nak di sekeh je.....

Baik or nakal kalu dah macam ni rupanya. Depa ingat lawa le bila posing macam ni. Tu yang bertudung si aiman anak aku no 2.... imran baju merah dan baju purple tu amirul. Tak tau masa bila depa bergambar dan ini mesti kerja kakak snap gambar ni. Kalau diperhati betul2 baju aiman tu dia taruh bola dalam baju.... eee geram betul aku tengok gambor ni... Biar padan muka depa aku taruh gambo kat sini. Ni kes aku suruh kemas kain baju pastu terjumpa tudung aku depa pakat pakai . Pastu ketawa ramai2. Anak2 aku ni memangnya playful heee nk marah pun buat buang karan je. Masa ni adam dok ketawa bergolek2 .... suka tgk abg jadi badut.

1 tapi 3 kali.......


Yang ni roti aku buat hari sabtu hari tu.... lupa plak letak post. Roti aku guna resepi dari sini jugak. Roti dia lembut. Amirul bila ditanya dah makan berapa roti tu... Aloi (dia membahasakan dirinya) dah makan satu. Cuba kira berapa satu tu. Jari kuar 3t tapi dia kata satu. Kalau makan bila ditanya mesti jawap satu. Memang bukan tak tau kira tapi saja nak amik lagi. Punya nak convince org dia baru makan satu tapi 3 kali mata tu siap tak boleh nak kecikkan. Kalau tgk roti kat blog org cantik sangat bila ditaruh sos ngan mixed vege and mayo tapi anak2 aku kalau taruh tu jenuh aku kena jilat balik sume tu. Jadi baik aku tak payah taruh langsung.... kalau adam dia kutip sosej dulu roti makan kemudian...

Roti ooh roti.....


Ini roti aku buat malam tadi. Aku amik resepi dari sini. Tak tau kat mana salahnya mungkin kurang uli kot. Sebab resepi yang diberi untuk breadmaker tapi aku tak punya breadmaker terpaksa menguli dengan tangan. Jadi roti ku kurang lembut boleh le dikatakan tak lembut langsung ... ia keras. Untuk Nor dan Ika, rasanya resepi ni kureng sket le untuk ku. Sejam jugak le aku menguli tapi tak lembut pun . Ada yang aku taruh inti kelapa, coklat dan yg nampak ada kulit keras tu aku taruh cream cheese tapi dia jadi macam tu le plak..... Anak2 aku makn jugak tapi kesian tengok diaorang mengunyah roti tu. Kalau ada dia makan inti je...pastu roti dia baling .... keras katanya... takpa nanti aku buat roti lagi. Kalau tidak adam tak ada makanan. Sejak pulih demam ni dia asyik makan roti je. Roti yang mama dia buat plak tu. Kalau beli kurang sikit makannya. Kena menguli tepung lagi le aku hari ni.... demi adam.

Percubaan seterusnya.....

Kek ni adik aku tempah untuk jamuan kat officenya on hari rabu baru ni. Dia tak pun suruh aku buat deco beria-ia pun. Biasa le disebabkan aku ni dok tengah seronok nak mendeco kek dgn rela aku pun membuat le deco sebegini jadinya. Kali percubaan buttercream transfer ku menjadi.Cuma aku msih kaku dgn buttercream deco ni... Buttercream ku tak berapa nak menjadi hari tu.... Jadi takde le nak letak munga2 or frills apa cuma simple border je.... atas kek aku taruh ganache je.... amacam .... ada improvement tak... Agak2 ada tak nampak rupa rimau tu.....

Apabila badan dah sihat.....

Keceriaan kembali semula di rumahku apabila 2 puteraku kembali sihat. Alhamdulillah anak2 yg lain tak dijangkiti demam. Selalunya kalau seorang demam di rumah ni akan berjangkit2 hingga semuanya demam. Seleranya dah kembali. Tapi setelah pulih Adam dah tak berapa mahu makan nasi...asyik nak makan roti je.
Ini Apam Comel inti kelapa aku amik dari Myresipi.com resepi lilydvalley punya. Thanks lily. Nampak cantik and colorful. Aku buat ni hari ahad malam yang lepas. Adam nak roti tapi disebabkan hari tu stok buat roti dah habis hari pun dah malam jadi mama ganti dengan apam ni. Ada kaler2 nampak ceria sikit. Kebetulan seelok aku siap je buat apam ni adik aku datang. Dapatle aku menjamunya. Dan apam ni jadi breakfast anak aku pada pagi Isnin .

Demam.....

Dua minggu lepas 2 puter kecil ku demam.... diaorang ni kalau demam tak banyak karenah.... selimut pastu letak air putih kat sebelah.... dah. Jangan sesapa rapat.... dia tak suka. Ni gambar si bongsu masa lepas makan ubat.
Yang ni dua beradik tu dah jaga.... baru kebah.... baring depan tv tengok Tom & Jerry. Ni CD kegemaran... pasang dr pagi sampai tertidur... Kira masa demam tu pulun tgk citer ni kat 3 hari.... Bila mereka demam macam hati tak keruan sebab bila mereka demam takde selera... minum susu kurang... minum air putih aje.... itu yang buat hati ku risau tu..... Badan pun dah mengecut.

Load Counter