Saturday, May 31, 2008

Lamanya terperam,,,,,,,

Uikh...banyaknya sawang.... mak aikh.. dah jadi tempat ternakan lelabah dah blog aku ni....ehm-ehm..... lamanya terperam. Malunya kat jenjiran tu... umah dorang cantik2 belaka... berjaga...tapi umah aku ni aku suruhspiderman je jaga... maka dia pun menjaganya dengan baik sekali... kira sawang tu interior design le tu....
Asyik bertandang kat forum nu... sampai lupa nak balik... hehehe

Sebenarnya sejak kebelakangan ni aku sebok ngan mcm2 projek aku. Projek membesarkan hero2 ku ini apalagi... Apa2 pun di antara projek2 ku yg ku peram... kalau telur dah menetas dah... klu durian dah jadi tempoyak.....ini dia projek yg ku maksudkan.....

Kek ni untuk anniversary SIL ku yg jugak pelanggan ku yg setia..... yg sering memberi galakandan peluang untuk aku terus memperbaiki skil aku ni...... hehehe thanks sis.....(i know u can afford the best cake in town) semuga berbahagia selama-lamanya... maafle ye
Yg ni pin SIL yg sama untuk sambutan hari guru di sekolah puteri sulungnya....mmg keras betulle tangan aku... susah bak lembut.... lembik ada.... dan aku mmg le bukan tergolong dari golongan yg kreatif..... namun Kakak yg ini masih mau lagi memberi aku peluang.....tocei-tocei.....

Sunday, May 4, 2008

Lagi citer tag......

Homework dari azie and dila....


The rules:
1. Link to your tagger and post these rules on your blog.
2. Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.
3. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
4. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog


kenali Kakyu:

Rupa garang tapi mudah mesra...
Garang tapi takde org takut....
suka masak dan menjahit (part ni harap suka jele..selalu tertunda)
window shopping(tp sebenarnya melepak je kat mall tu)
Senang ketawa..menangis susah nak kuar air mata....
Tak pandai mengemas umah
suka berangan



seterusnya kakyu takde nak tag sesapa la.... sebab tak ramai lagi kekawan...yglelain tu tgk sume dah kenajadi biar dulu ekkk....

Saturday, May 3, 2008

Dah kena Tag

ooh..oo... tag dr kak yus aka mrs janssens. Disebabkan lama tak update blog baru hari ni sempat buat..... itu pun dah jenuh bertangguh2.....
This is another of those Linky Love game where you only have to tag 10 person in one post but still there is no actual limit (you can tag more if you want!). Once tagged, you have to copy paste the link in this post, and make them grow!

Do not delete any of the links and be honest to yourself!

************************************************************


BennyLiew, RamblingMoo, Mum & Kids In Wonderland, Judelittle, Our mini blogsphere, Rooms in My Heart, J@n!ce Ng, ChinNee, Jo-N, LadyJava's Lounge, Apples Of The Eyes, aNgRiAniWoRLd, persismutiara, my little family, LG a.k.a Lemongrass ,
McTa ,manje ,nitta,yatt, mat gebu, Mak Lang, Rinn,Kak Liza,Intan aka Nabialishad, Kak Zura, dila,
aziemas, Amysensei, fida & kak Yus aka mrs janssens, intan-azreenaz, voskenslaa, wangi74, akuhj, azilajohan, chibouqui2, gediks, kakyu

so next 8 person i"m tagging are:
1.hunnyishoney
2.alongroz
3.lelayong
4.yana
5.alizahouseofcooking
6. ???
7.??
8.??


Happy birthday Nurin Irdina

Kek ni kek harijadi anak adik aku. Aku buat last Saturday. Actually ada lagi satu kek tapi yang tu aku lupa nak amik gambo. Lupa plak aku nak amik gambak si Irdina nya.... rupanya mmg iras ngan si dora ni. Keknya biasa le kek choc le. Bdak2 mmg nya suka sangat ngan choc cake. Bila le tangan aku ni nak jadi lembut dan berseni ni... mmgnya keras tgn dah macam buluh dah ni. Jauh nya lagi aku nye perjalanan dlm mendeco kek ni..... bila nak naik tahap kemahiran aku ni....... cuba lagi yek.

Lamanya bertapa......


Wui! Lamanya aku pegi bertapa dah naik bersawang dah dapur aku ni. Dekat2 sebulan jugak le. Itu le tu aku br balik dari mexico pegi belajo wat roti ni le pun.Konon2 le, agaknya org mexico pun tak tau wujudnya roti ni, pepandai je aku. Roti yg aku dah lupa bila aku buat. Tu nor dan yg lain2 kat MyR, roti ni demi menyahut seruan kalian. Mmg sedap dan lembut. Tambah kalau masa membakarnya semerbak bau satu rumah... anak2 aku pun sepeti biasa le..... kuar je dr oven dah ready ngan tisu le ngan piring le... ngan garfu .... kaaedah masing2 nak terkam roti panas. Mmg tak sempat sejuk.... sempat suam2 je...itu pun jenuh nak menepisnya. Habis posing je roti aku...terus kena ngap. Lembut roti ni. Resepi dia dr Lilydvalley of MyR. Kat bawah ni aku kopipes kan resepi dia. Terimakasih daun keladi Cik Lily yek.... nanti kakyu amik resepi lagi...

Mexican Bun

Bahan-bahan ( 17 biji bun )
  • Filling
  • -200 gm mentega
  • -1/2 teaspoon vanilla essence
  • -70 gm brown sugar
  • Topping
  • -200 gm mentega
  • -160 gm gula icing
  • -3 biji telur grade A- pukul sedikit
  • -1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
  • -200 gm tepung gandum
  • Doh Roti
  • -500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
  • -2 sudu kecil bread improver+ 2 sudu kecil bread softener ( optional)
  • -20 gm susu tepung
  • -75 gm gula castor
  • -3 sudu kecil dry yeast
  • -1 sudu kecil garam
  • -1 biji telur- dipukul
  • -250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
  • -60 gm mentega

Cara-cara

  1. Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.
  2. Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.
  3. Doh Roti
  4. -Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
  5. -Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
  6. -Masukkan telur dan air/susu segar.
  7. -Uli adunan sehingga menjadi adunan lembut selama 10-15 minit.
  8. -Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
  9. -Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
  10. -Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
  11. -Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
  12. Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
  13. -Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan.

Load Counter