Saturday, May 3, 2008

Lamanya bertapa......


Wui! Lamanya aku pegi bertapa dah naik bersawang dah dapur aku ni. Dekat2 sebulan jugak le. Itu le tu aku br balik dari mexico pegi belajo wat roti ni le pun.Konon2 le, agaknya org mexico pun tak tau wujudnya roti ni, pepandai je aku. Roti yg aku dah lupa bila aku buat. Tu nor dan yg lain2 kat MyR, roti ni demi menyahut seruan kalian. Mmg sedap dan lembut. Tambah kalau masa membakarnya semerbak bau satu rumah... anak2 aku pun sepeti biasa le..... kuar je dr oven dah ready ngan tisu le ngan piring le... ngan garfu .... kaaedah masing2 nak terkam roti panas. Mmg tak sempat sejuk.... sempat suam2 je...itu pun jenuh nak menepisnya. Habis posing je roti aku...terus kena ngap. Lembut roti ni. Resepi dia dr Lilydvalley of MyR. Kat bawah ni aku kopipes kan resepi dia. Terimakasih daun keladi Cik Lily yek.... nanti kakyu amik resepi lagi...

Mexican Bun

Bahan-bahan ( 17 biji bun )
  • Filling
  • -200 gm mentega
  • -1/2 teaspoon vanilla essence
  • -70 gm brown sugar
  • Topping
  • -200 gm mentega
  • -160 gm gula icing
  • -3 biji telur grade A- pukul sedikit
  • -1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
  • -200 gm tepung gandum
  • Doh Roti
  • -500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
  • -2 sudu kecil bread improver+ 2 sudu kecil bread softener ( optional)
  • -20 gm susu tepung
  • -75 gm gula castor
  • -3 sudu kecil dry yeast
  • -1 sudu kecil garam
  • -1 biji telur- dipukul
  • -250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
  • -60 gm mentega

Cara-cara

  1. Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.
  2. Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.
  3. Doh Roti
  4. -Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
  5. -Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
  6. -Masukkan telur dan air/susu segar.
  7. -Uli adunan sehingga menjadi adunan lembut selama 10-15 minit.
  8. -Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
  9. -Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
  10. -Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
  11. -Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
  12. Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
  13. -Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan.

6 comments:

Anonymous said...

huh jauhnya bertapa, sampai mexico..

nor_67

Azie said...

kak yu...cutienyer roti ni...tabik toink!toink! pd kak yu sbb tak nangis nk uli roti guna tgn..azie dh surrender dh :(

Anonymous said...

Kak, terima kasih. Nanti nak try jugak buat resipi ni. Tak sia-sia akak pegi belajar jauh kat Mexico.

Anonymous said...

Dah mula buat roti yer, terlanjur tu buatkanlah sekali tempahan yang 80 buku tu, kasi peluang pakcik tu bisness ckit...kih.kih.kih

alizahouseofcooking said...

Tapi pakcik taknak roti mexican, mesti roti dari menantu mithali

Anonymous said...

nor... siap baca mentera spanish tu... hehehe ole...anglee..angle..

azie.... kakyu tak menagis tp anak2 le nangis tgk mama dia dok tumbuk2 roti pastu banting2 lagi.... dok terbayang klu depa kean cam roti tu... so behave...

Min.. cuba le. Boleh berkelah kat Teluk batik...

Kak Liza.... amboi2... nak 80 bj roti..tak nak mexican bun plak tu... pakcik nanti kita bagi dia roti batu nisan kat dia.... br tauuuu hehehehehe


Load Counter