Monday, March 31, 2008

Teringin.....

Yang ni deco yang hb aku buat.....hehehe teringin plak dia nak mencuba skil. Amacam???? Kek ni untuk anak kawan aku.... Dhia fatini namanya. Anak perempuan tunggal... Hari khamis lepas tetiba je hb aku teringatkan birthday dhia... katanya dhia cakap uncle nak bagi kek dhia kan? Soklan yg mungkin hb aku tak boleh nak geleng atau angguk. Jadi dia pun meminta aku membuat sebiji kek untuk dhia. Aku mulanya nak cuba gamba barbie lagi... iye nak improve kan, tapi hb aku plak kata dia nak bagi gambar sponge bob. Aku masih lagi tak cekap membuat buttercream transfer ni, aku dah lukis atas plastic tapi bila nak transfer butercream tu tak melekat dekat kek tu.... cuma dapat bayang2 lakaran je.... dengan berpandukan bayang garisan tu le aku melukis kembali imej sponge bob tu. Dan tugas seterusnya hb aku yg menyempurnakan... siap ngan border tu lagi.....Jadi inilah hasilnya... not bad for first timer kan. Better than mine kot.....

No comments:


Load Counter