Sunday, June 29, 2008

Kisah donut...pau dan kek

Ni donut untuk breakfast semalam. Guna resepi siti azma dr MYR. Kegebuannya kekal walaupun dah sejuk. Rangup kat luar kat dlm gebu. Thanks. Semalam buat guna 1/2 kg tepung ingat boleh le simpan petang... ampun... takdenya sempat simpan sampai kol 11...nak sampai petang konon..... Ingat nak letak topping yg ada kaler2 tu tapi malangnya takde le resepi topping tu.... nak gi cari ..donut dah bergoreng and anak2 plak dok tanya dah boleh makan ke belum..... jadi cuma taruh topping coklat je itu pun separuh taruh coklat lagi separuh salut gula je... Nanti nak cari gak le topping tu punya resepi.
Ini pulak pau inti coklat untuk minum petang hari Rabu lepas. Aku buat dua jenis inti satu kelapa satu lagi coklat. Inti kelapa tu guna inti belen buat ketayap. dah habis inti kelapa aku pun guna le coklat buat inti. Tapi anak2 aku lebih gemar inti kelapa begitu juga dengan my hb. Tapi pau kali ni tak berapa nak cantik sebab tak ikut petua and kurang uli.... ni nak cepat je. Guna resepi yani MYR selalu guna resepi ni mmg pau jadi cuma kali ni buat pun dgn separuh hati je.... namun mmg gebu.
Ini kek birthday untuk hb SIL. Buat hari jumaat. Dia nak yg ada deco yg related to golf sebab hb dia memang minat bermain golf. Jenuh le jugak aku mencari-cari idea. Jalan-jalan pegi tengok le kek deco yg ada tema golf...wah sume tu tahap pro gitu... siap ada yg buat 3D ada padang golf siap ngan rumput and player cam betul. Aku ni masih terkial-kial dengan melukis atas kek je..itupun wat teknik transfer je pun masih terketar-ketar lagi. Heee ni rasanya nak ikut petua chef Ali ni nak hilangkan ketar hehehehe......

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum Kak yu... Jue Hussin ni. dah terer nampak deco kek guna teknik transfer. Ajarkan saya sket teknik kak Yu tu bleh??? Hehehe... teknik Chef Ali tu, akak blajo mana? ada web sitenya? Tengkiu in advance kak.


Load Counter